Hari ini aku nak tulis pasal fesyen rambut lelaki kat Malaysia ni. Memang macam-macam dah style rambut yang ada tapi yang mana satu sebenarnya menjadi kegemaran wanita kat malaysia ni? hehe..
Kat bawah ni ada beberapa gambar fesyen rambut yang ada zaman sekarang.


Yang tengah belah kanan tu memang tak boleh pakai. Hehe. Tu style Mac Gyver. Perempuan zaman P. Ramlee dulu minat la rambut cam tu.huhu

Yang ni no komen, aku lebih suka atas kiri tu sebab simple dan tak beratkan kepala.
Kepada para wanita dan perempuan sila kongsikan kat bahagian komen style rambut macam mana yang korang terpikat agar senang khairilz nak mengorat! haha..gurau je
Cerita pasal rambut mesti tak lari dengan gel atau minyak rambut. Gel rambut memang tak boleh dipisahkan dari aku lagi. Aku mula pakai gel rambut ni sejak sekolah rendah lagi masa darjah 3. Masa tu gel rambut yang aku pakai yang RM2 satu paket. Nama dia elizabeth gel. Sekali beli sampai 3-4 bulan. Memang keras tapi boleh rosak rambut, nak buat macam mana masa tu tak de budget lagi.
Masa darjah 6, aku mula try Brylcreem, pergh memang mahal RM4 lebih, dah la kecik je. Masa form 1 pula aku dah malas pakai Brylcreem sebab mahal jadi aku berubah kepada elite strong hold dan gatsby sampai la form 5. Masuk je alam universiti aku pakai gatsby je tapi yang gel bukan jenis wax tu. Bau dia yang tak tahan tu. Kat bawah ada gambar.

Kepada lelaki – Korang pulak macam mana?
Kepada perempuan – korang suka style rambut laki yang macam mana?
Post ini telah dibaca sebanyak 22975
No comments:
Post a Comment