Ini Blog Gua ! Nothing to say: Lelaki Dan Fesyen Rambut

Sunday, February 26, 2012

Lelaki Dan Fesyen Rambut


Hari ini aku nak tulis pasal fesyen rambut lelaki kat Malaysia ni. Memang macam-macam dah style rambut yang ada tapi yang mana satu sebenarnya menjadi kegemaran wanita kat malaysia ni? hehe..
Kat bawah ni ada beberapa gambar fesyen rambut yang ada zaman sekarang.
Atas kanan tu okey jugak kan? Aku suka jenis spikey dari ala-ala jepun tu! Yang rasa dia tu emo atau lelaki cute bolehla buat style rambut jepun tu. Lelaki china kat malaysia ni memang ramai buat rambut style jepun, mungkin dorang rasa dorang tu muka dah macam jepun kot :P
Yang tengah belah kanan tu memang tak boleh pakai. Hehe. Tu style Mac Gyver. Perempuan zaman P. Ramlee dulu minat la rambut cam tu.huhu
Yang ni no komen, aku lebih suka atas kiri tu sebab simple dan tak beratkan kepala.
Kepada para wanita dan perempuan sila kongsikan kat bahagian komen style rambut macam mana yang korang terpikat agar senang khairilz nak mengorat! haha..gurau je
Cerita pasal rambut mesti tak lari dengan gel atau minyak rambut. Gel rambut memang tak boleh dipisahkan dari aku lagi. Aku mula pakai gel rambut ni sejak sekolah rendah lagi masa darjah 3. Masa tu gel rambut yang aku pakai yang RM2 satu paket. Nama dia elizabeth gel. Sekali beli sampai 3-4 bulan. Memang keras tapi boleh rosak rambut, nak buat macam mana masa tu tak de budget lagi.
Masa darjah 6, aku mula try Brylcreem, pergh memang mahal RM4 lebih, dah la kecik je. Masa form 1 pula aku dah malas pakai Brylcreem sebab mahal jadi aku berubah kepada elite strong hold dan gatsby sampai la form 5. Masuk je alam universiti aku pakai gatsby je tapi yang gel bukan jenis wax tu. Bau dia yang tak tahan tu. Kat bawah ada gambar.
ni la brylcreem yang aku pakai masa darjah 6 tapi ni pek baru punye.
ni pulak gatsby yang aku pakai dari form 3 sampai form 5 dan terus ke alam universiti. Bukan jenis ni yang crystal clear.
Yang ni la yang selalu dipakai oleh lelaki malaysia yang nak buat rambut style jepun macam tu. Harga dia RM30 satu dan tahan la sebulan lebih kurang. Jenama gatsby dan jenis wax.
Kepada lelaki – Korang pulak macam mana?
Kepada perempuan – korang suka style rambut laki yang macam mana?
Post ini telah dibaca sebanyak 22975

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen